Program Sua Muka bagi Kampung Lamunin, Daerah Tutong

24-10-2025

Program Sua Muka bagi Kampung Lamunin, Daerah Tutong

Tutong, 24 Oktober 2025 – USMS Sdn Bhd telah menyertai Program Sua Muka anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Daerah Tutong yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga, Daerah Tutong. Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu semasa dan dasar kerajaan kepada penduduk setempat, di samping menjadi platform untuk menerima maklum balas daripada masyarakat bagi tindakan lanjut oleh agensi-agensi yang berkenaan.

 

Penyertaan USMS dalam program ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat dalam mempertingkatkan komunikasi dan kefahaman masyarakat mengenai perkhidmatan berkaitan bekalan utiliti, penggunaan aplikasi USMS serta mendekati keperluan dan kebimbangan pengguna secara langsung.

 

Yang Mulia Awang Saini Bin Haji Othman, Ketua Kampung Lamunin,  turut hadir dalam program tersebut bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung, Ahli-ahli MPK, jemputan dan Jabatan-jabatan serta Agensi-agensi yang berkepentingan, sekaligus menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap usaha berterusan dalam menyampaikan maklumat dan mendengar suara rakyat.

 

Perkongsian maklumat mengenai USMS telah disampaikan oleh Yang Mulia, Mohamamd Nabil Fikri bin Begawan Mudim Haji Suhaili selaku wakil USMS pada Program Sua Muka tersebut yang mana merangkumi latar belakang USMS, status pemasangan meter pintar USMS, matlamat, Kelebihan meter pintar USMS, kaedah pembelian Top Up, fungsi laporan pemakaian dan pembelian top up, dan perkongisan cara menggunakan aplikasi USMS.

Dengan mengikuti program tersebut, USMS berharap dapat menyampaikan maklumat-maklumat penting mengenai meter pintar USMS melalui platform-platform yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan khususnya Jabatan Penerangan disamping membuat pendekatan secara langsung ke penduduk-penduduk kampung.

 

 

 

 

 

 

 

 

---