Quick Links
Related Searches
- → Home
- → Product
- → Installation Guidelines
- → Top Up
- → Tariffs
- → News
- → All for digitalisation: Nearly 3,000 households installed with unified electrical, water meter system
- → Public called to switch to USMS smart meters as soon as possible
- → Brunei to unify electric, water bills with smart meter
- → Important Notice: Beware Of False Messages
- → Replacement Of Smart Electric & Water Meter To Your Area
- → Unified smart meters to be mainstay in five years
- → USMS Sdn Bhd Menyertai Program Sua Muka di Kampung Danau, Tutong
- → SMS Notifikasi bagi Pendaftaran Penukaran Meter Pintar Air
- → Supporting a Smart Future: USMS Sdn Bhd, Housing Development Department (HDD), dan Department of Water Services (DWS) facilitate Smart Water Meter Registration
- → USMS Sdn Bhd Sertai Program Sua Muka Bersama Penduduk Kampung Birau, Luagan Timbaran dan Kebia
- → USMS INFODESK Continues To Engage Public At DWS and JKR Branches
- → Top up in seconds with BIBD NEXGEN
- → FAQs
- → Contact
- → How To Manage Your Electricity Consumption
- → Download
- → Terms and Conditions
- → How to Register
USMS Sdn Bhd Menyertai Program Sua Muka di Kampung Danau, Tutong
14-01-2025

Tutong, 14 Januari 2025 – USMS Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam Program Sua Muka anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau, Mukim Telisai, Daerah Tutong.
Program ini merupakan platform komunikasi dua hala antara penduduk kampung dan agensi-agensi kerajaan serta swasta, bertujuan untuk mendekati masyarakat secara langsung bagi menyampaikan maklumat, serta mendengar isu dan cadangan daripada rakyat.
Perkongsian Maklumat oleh Agensi-agensi Berkaitan
Antara pengisian utama program termasuk sesi penerangan oleh beberapa agensi jemputan. Wakil-wakil daripada USMS Sdn Bhd, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Jabatan Hal Ehwal Ugama, serta Jabatan Saliran dan Pembetungan (JSP) telah menyampaikan taklimat masing-masing berkaitan perkhidmatan serta inisiatif yang sedang dijalankan oleh agensi mereka.
Setiap sesi memberi peluang kepada penduduk kampung untuk memahami dengan lebih mendalam peranan agensi-agensi ini dalam kehidupan harian mereka, di samping memberikan maklum balas dan pertanyaan secara langsung.
USMS Perkenal Teknologi Meter Pintar kepada Komuniti Setempat
Sebagai syarikat yang menerajui pemasangan meter elektrik dan air pintar di Brunei, USMS Sdn Bhd mengambil peluang ini untuk mengetengahkan inisiatif pendigitalan utiliti yang sedang dijalankan di seluruh negara. Wakil-wakil syarikat telah mengadakan sesi penerangan, di mana penduduk Kampung Danau diberi pendedahan tatacara penggunaan dan kelebihan sistem meter pintar.
Antara manfaat utama yang diketengahkan termasuk kebolehan untuk memantau penggunaan elektrik dan air secara menggunakan aplikasi mudah alih, membuat pembelian Top-up secara atas talian serta penyumbang kepada pengaturan penggunaan dan penjimatan secara jangka panjang. Penduduk juga diberi ruang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan secara terus berkaitan pemasangan dan penggunaan teknologi ini di kediaman mereka.
Komitmen Berterusan USMS
USMS mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan atas jemputan menyertai program yang bermanfaat ini. Syarikat komited untuk terus mengambil bahagian dalam inisiatif seperti ini bagi memperkasa pengetahuan masyarakat terhadap teknologi moden serta menyokong visi negara dalam pembangunan pintar.
Sumber gambar dari Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri